Rabu, 28 November 2012

2.0 KANDUNGAN
2.1 Permasalahan Kajian
Malaysia adalah sebuah negara yang membangun, perubahan-perubahan yang besar telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, dan sebagainya. Walaupun negara kita telah banyak mencapai kejayaan yang membanggakan tetapi negara kita masih lemah dalam menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan kanak-kanak atau remaja. Kebelakangan ini terlalu banyak masalah yang melanda negara kita terutamanya berkaitan dengan masalah gejala sosial yang melibatkan keruntuhan akhlak kanak-kanak atau remaja.
Pelbagai andaian, hujah dan cadangan yang dilaksanakan untuk menangani fenomena ini. Perlakuan sosial yang negatif dan gejala tidak sihat seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan persekitaran secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusian serta agama. Akhlak muslim yang baik haruslah baik hubungannya dengan Allah bahkan juga dengan manusia, binatang dan alam sekitar.
Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan perlakuan remaja seperti isu buli, pembuagan bayi, seks bebas, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Isu-isu ini menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media massa dan elektronik. Isu berkaitan kanak-kanak dan remaja harus diberi penekanan yang tinggi kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan serta ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Dalam islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga ialah memelihara agama iaitu menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Selain itu, menjaga nyawa, ianya perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan kematian. Seterusnya,memelihara keselamatan tubuh badan. Tubuh badan manusia perlu dijaga dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal, contohnya pengambilan alkohol dan dadah.
Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak kanak-kanak atau remaja yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya ialah kerengganan dalam keluarga. Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku pepecahan dalam keluarga. Contohnya, ibu dan bapa selalu bergaduh, anak-anak tidak mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayat Allah. Perkara-perkara berikut tidak seharusnya berlaku terutamanya umat islam yang sepatutnya mencontohi tauladan yang baik.
Selain itu, penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral remaja. Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan remaja amat membimbangkan khususnya umat islam. Perkara ini menjadi masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan juga telah berusaha keras untuk menangai masalah ini. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat pengambilan dadah iaitu HIV. Seperti yang kita tahu musuh-musuh islam tidak suka melihat perkembangan islam yang telah maju kehadapan. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan islam dan cara yang berkesan ialah melemahkan kekuatan umat islam. Kadangkala kita terlupa jerat yang  menanti kita supaya hanyut dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
Antara gejala yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak yang lain ialah seks bebas. Seks bebas merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan paling dibenci dan dimurkai oleh Allah. Tetapi remaja pada masa ini tidak takut soal dosa dan pahala, halal dan haram, betul atau salah apa yang telah mereka lakukan. Gejala yang tidak bermoral ini berlaku disebabkan terlalu bebas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Rakan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seseorang kanak-kanak atau remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemui.  Oleh itu, peranan dan didikan islam dari kecil adalah salah satu cara untuk mencegah dan menghalang dari perbuatan terkutuk itu.
Faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral kanak-kanak atau remaja ialah iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan keruntuhan akhlak ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar islam menyumbang kepada masalah moral. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai islam  dan didikan agama kepada kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.
Nilai dan budaya hidup barat juga merupakan faktor berlakunya keruntuhan akhlak kanak-kanak dan remaja. Pengaruh hidup budaya barat menjadi ikutan seperti percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang membawa masalah sosial yang teruk dan tiada batasan dalam hubungan yang mengakibatkan terjadinya masalah akhlak yang teruk. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini. Khususnya, remaja yang hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan ajaran agama yang sebenar.
Sikap ibu bapa yang kurang prihatin adalah sebab berlakunya keruntuhan akhlak kanak-kanak. Kesibukan ibu bapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Terdapat juga ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak dan hanya melimpahkan kemewahan sahaja kepada anak-anak.
Selain itu, kurang penghayatan ilmu agama seperti kurang penghayatan dalam nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi faktor yang menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan moral seseorang. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan yang buruk hingga sanggup mengenepikan nilai-nilai yang suci dalam agama yang mendorong seseorang itu melakukan kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akaan menperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud “bagi setiap penyakit ada ubatnya”. Jester bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan akhlak  di kalangan remaja islam kita perlula memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti memberi didikan islam yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas paling penting bagi membentuk jati diri muslim yang sebenar. Kefahaman tentang agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan menanamkan dalam diri insane sifat takwa kepada Allah dan takwalah yang membezakanantara setiap muslim.
Disamping itu, ibu bapa bertanggungjawab memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walaupun sesibuk mana pun dengan tugasan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak boleh diabaikan sesuai dengan apa yang digariskan oleh islam.
Masyarakat  islam yang baik adalah masyarakat yang prihatin yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak dan moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud “barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan sekirangnya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.
Pelbagai alat sebaran yang muncul hari iniseperti televisyen, suratkhabar, majalah boleh menjadi agen yang yang paling berpengaruh kearah keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan media massa yang sewajarnya perlulah kea rah memastikan akhlah remaja dapat dikawal. Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing dan ianya dapat diatasi dengan penuh hikmah.

2.2 Huraian isu-isu pendidikan islam di Malaysia masa kini 

3 ulasan:

  1. kebanyakan artikel yang menceritakan perihal kerosakan moral dan akhlak remaja adalah tertumpu atau di 'aim' kan khusus kepada remaja melayu. adakah remaja lain, kaum lain tidak berlaku perkara ini? mohon pencerahan.

    BalasPadam
  2. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    At least 160000 women and men are losing weight with a simple and secret "liquids hack" to burn 2lbs every night in their sleep.

    It's simple and it works with everybody.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Go grab a glass and fill it half glass

    2) And then follow this crazy HACK

    and you'll become 2lbs thinner the very next day!

    BalasPadam